Khamis, 23 Mei 2013

Terima Kasih, IDOLAKU !!

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama kiranya tidak meng'update' blog ini. Sibuk ?? mungkin..dengan status pelajar tahun akhir semestinya FYP menjadi keutamaan..

SEMESTER AKHIR !!!
Apa ada pada semester akhir?? semester akhir yang cukup bermakna untuk memaknakan hari-hari terakhir sebagai seorang pelajar khususnya. Bila dah semester akhir, perasaan semestinya berada di puncak kesayuan ala-ala puncak Everest..Ohoii..tinggi tuu..hehehe

Baiklah, sebelum aku melalut dengan panjang lebar, lebih baik kiranya kita terus ke topik utama..Sebenarnya, apa yang ingin aku perkatakan dalam coretan kali ini ialah berkenaan dengan IDOLA. Setiap daripada kita mesti ada idola masing-masing kan? Tak kisahlah siapa pun idola itu, yang pasti dialah pembakar semangat yang membuatkan kita lebih ke hadapan. 

Dan idola yang aku maksudkan di sini ialah individu yang banyak memberi dorongan dan sumber inspirasi untuk memaknakan impian dan hajat yang telah lama terpendam..bukan hajat untuk BERKAHWIN okaii..Hajat dan impian yang dimaksudkan ialah sebagai seorang penulis. Ya, mungkin perkataan penulis di sini bunyinya agak keterlaluan,kerana tidak ada karya yang hebat boleh aku banggakan. Namun, proses kreatif seseorang bukan terhad kepada karya-karya hebat semata, cukuplah sekadar tulisan yang menjadi tatapan dan bacaan umum. Itu sudah dikira sebagai PROSES KREATIF!!

Dan ini adalah IDOLA yang banyak membentuk dan mendorong aku untuk mula berjinak dengan dunia penulisan. Sepanjang 13 minggu menuntut ilmu, dialah pensyarah yang boleh aku banggakan sebagai seorang idola@role model dalam dunia penulisan. 

 Ihsan Noorzali @ Ghazali Din

Terima Kasih Encik atas dorongan dan tunjuk ajar sepanjang 13 minggu berkuliah. Segala nasihat dan kata semangat anda akan saya sematkan dalam minda. "Teruskan Berkarya" kerna suatu hari nanti mungkin dari yang biasa kita akan menjadi yang luar biasa..

TERIMA KASIH IDOLAKU !!! 

Tiada ulasan: