Rabu, 23 Mei 2012

Sekapur Sireh 'Catatan Tun Sri Lanang' & 'Air Mata Naning'

Alhamdulillah, selesai sudah pementasan drama 'Catatan Tun Sri Lanang' arahan dan skrip Prof. Mana Sikana serta drama 'Air Mata Naning' arahan Tan Sri Nordin Kardi yang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar kursus Drama dan Amali Seni Lakon pada 19 & 20 Mei 2012 bertempat di Panggung Eksperimental, Kampus Sultan Azlan Shah. Secara keseluruhannya, pementasan drama ini berjaya dipentaskan dengan baik sekali, hasil kerjasama ahli kumpulan yang melibatkan krew 'lighting', kostum, audio, dan props dan para pelakon dan juga penari. Kedua-dua drama mempunyai kekuatan dan jalan cerita yang tersendiri dan cara drama tersebut dipentaskan juga berbeza mengikut arahan pengarahnya. 

Pementasan drama 'Air Mata Naning' mempunyai kelainan dari segi cara drama tersebut dipentaskan. Jika sebelum ini kita biasa melihat lampu digelapkan untuk setiap pertukaran babak, namun drama yang diarahkan oleh Tan Sri ini mencipta kelainan. Drama ini mempertontonkan tarian untuk setiap pertukaran babak sekali gus menyebabkan perubahan props di atas pentas dilakukan dalam keadaan lampu dinyalakan. Untuk babak peperangan juga agak lain sedikit apabila beliau menggunakan tayangan seolah-olah 'wayang kulit' untuk menjelaskan keadaan peperangan yang berlaku. Kelainan yang dicipta adalah satu percubaan yang menarik dalam pementasan drama. 

Berbeza dengan pementasan drama 'Catatan Tun Sri Lanang' yang secara keseluruhannya dipaparkan secara realiti. Aksi berlawan silat, persembahan tarian dan lain-lain dipertontonkan secara real. Saya kira babak-babak tersebut yang sering dinantikan oleh para penonton. Berbeza dengan jalan cerita 'Air Mata Naning', drama 'Catatan Tun Sri Lanang' agak 'moden' sedikit kerana ada melibatkan zaman kesultanan Melaka. Jalan ceritanya juga dapat menarik perhatian penonton kerana tidak terlalu membosankan. Mungkin kerana adanya beberapa babak menarik antaranya babak Puteri Gunung Ledang yang mensyaratkan Sultan Melaka mendapatkan semangkuk darah puteranya. 

Dari segi lakonan, sejujurnya pelakon-pelakon yang melakonkan watak yang terdapat dalam skrip 'Catatan Tun Sri Lanang' lebih menyerlah berbanding pelakon 'Air Mata Naning'. Namun ada juga pelakon yang menyerlah lakonannya untuk drama 'Air Mata Naning' antaranya Penghulu Dol Said, Juriah, dan Pak Naning. Namun, untuk drama 'Catatan Tun Sri Lanang. watak-watak seperti Lanang, Rambal, Satong@Alfonso, Sultan Melaka, PGL dan beberapa watak yang lain memang harus mendapat pujian kerana masing-masing berjaya melakonkan watak tersebut dengan baik.

Mungkin pendapat ini tidak sama dengan pendapat individu yang melihat pementasan tersebut. Segala  perbezaan tersebut bergantung kepada persepsi dan pemikiran individu itu sendiri. Apa yang ingin aku tegaskan, ini adalah coretan dari pemikiran dan pemerhatian aku terhadap kedua-dua drama. Sekian..