Khamis, 23 Mei 2013

Terima Kasih, IDOLAKU !!

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama kiranya tidak meng'update' blog ini. Sibuk ?? mungkin..dengan status pelajar tahun akhir semestinya FYP menjadi keutamaan..

SEMESTER AKHIR !!!
Apa ada pada semester akhir?? semester akhir yang cukup bermakna untuk memaknakan hari-hari terakhir sebagai seorang pelajar khususnya. Bila dah semester akhir, perasaan semestinya berada di puncak kesayuan ala-ala puncak Everest..Ohoii..tinggi tuu..hehehe

Baiklah, sebelum aku melalut dengan panjang lebar, lebih baik kiranya kita terus ke topik utama..Sebenarnya, apa yang ingin aku perkatakan dalam coretan kali ini ialah berkenaan dengan IDOLA. Setiap daripada kita mesti ada idola masing-masing kan? Tak kisahlah siapa pun idola itu, yang pasti dialah pembakar semangat yang membuatkan kita lebih ke hadapan. 

Dan idola yang aku maksudkan di sini ialah individu yang banyak memberi dorongan dan sumber inspirasi untuk memaknakan impian dan hajat yang telah lama terpendam..bukan hajat untuk BERKAHWIN okaii..Hajat dan impian yang dimaksudkan ialah sebagai seorang penulis. Ya, mungkin perkataan penulis di sini bunyinya agak keterlaluan,kerana tidak ada karya yang hebat boleh aku banggakan. Namun, proses kreatif seseorang bukan terhad kepada karya-karya hebat semata, cukuplah sekadar tulisan yang menjadi tatapan dan bacaan umum. Itu sudah dikira sebagai PROSES KREATIF!!

Dan ini adalah IDOLA yang banyak membentuk dan mendorong aku untuk mula berjinak dengan dunia penulisan. Sepanjang 13 minggu menuntut ilmu, dialah pensyarah yang boleh aku banggakan sebagai seorang idola@role model dalam dunia penulisan. 

 Ihsan Noorzali @ Ghazali Din

Terima Kasih Encik atas dorongan dan tunjuk ajar sepanjang 13 minggu berkuliah. Segala nasihat dan kata semangat anda akan saya sematkan dalam minda. "Teruskan Berkarya" kerna suatu hari nanti mungkin dari yang biasa kita akan menjadi yang luar biasa..

TERIMA KASIH IDOLAKU !!! 

Rabu, 23 Mei 2012

Sekapur Sireh 'Catatan Tun Sri Lanang' & 'Air Mata Naning'

Alhamdulillah, selesai sudah pementasan drama 'Catatan Tun Sri Lanang' arahan dan skrip Prof. Mana Sikana serta drama 'Air Mata Naning' arahan Tan Sri Nordin Kardi yang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar kursus Drama dan Amali Seni Lakon pada 19 & 20 Mei 2012 bertempat di Panggung Eksperimental, Kampus Sultan Azlan Shah. Secara keseluruhannya, pementasan drama ini berjaya dipentaskan dengan baik sekali, hasil kerjasama ahli kumpulan yang melibatkan krew 'lighting', kostum, audio, dan props dan para pelakon dan juga penari. Kedua-dua drama mempunyai kekuatan dan jalan cerita yang tersendiri dan cara drama tersebut dipentaskan juga berbeza mengikut arahan pengarahnya. 

Pementasan drama 'Air Mata Naning' mempunyai kelainan dari segi cara drama tersebut dipentaskan. Jika sebelum ini kita biasa melihat lampu digelapkan untuk setiap pertukaran babak, namun drama yang diarahkan oleh Tan Sri ini mencipta kelainan. Drama ini mempertontonkan tarian untuk setiap pertukaran babak sekali gus menyebabkan perubahan props di atas pentas dilakukan dalam keadaan lampu dinyalakan. Untuk babak peperangan juga agak lain sedikit apabila beliau menggunakan tayangan seolah-olah 'wayang kulit' untuk menjelaskan keadaan peperangan yang berlaku. Kelainan yang dicipta adalah satu percubaan yang menarik dalam pementasan drama. 

Berbeza dengan pementasan drama 'Catatan Tun Sri Lanang' yang secara keseluruhannya dipaparkan secara realiti. Aksi berlawan silat, persembahan tarian dan lain-lain dipertontonkan secara real. Saya kira babak-babak tersebut yang sering dinantikan oleh para penonton. Berbeza dengan jalan cerita 'Air Mata Naning', drama 'Catatan Tun Sri Lanang' agak 'moden' sedikit kerana ada melibatkan zaman kesultanan Melaka. Jalan ceritanya juga dapat menarik perhatian penonton kerana tidak terlalu membosankan. Mungkin kerana adanya beberapa babak menarik antaranya babak Puteri Gunung Ledang yang mensyaratkan Sultan Melaka mendapatkan semangkuk darah puteranya. 

Dari segi lakonan, sejujurnya pelakon-pelakon yang melakonkan watak yang terdapat dalam skrip 'Catatan Tun Sri Lanang' lebih menyerlah berbanding pelakon 'Air Mata Naning'. Namun ada juga pelakon yang menyerlah lakonannya untuk drama 'Air Mata Naning' antaranya Penghulu Dol Said, Juriah, dan Pak Naning. Namun, untuk drama 'Catatan Tun Sri Lanang. watak-watak seperti Lanang, Rambal, Satong@Alfonso, Sultan Melaka, PGL dan beberapa watak yang lain memang harus mendapat pujian kerana masing-masing berjaya melakonkan watak tersebut dengan baik.

Mungkin pendapat ini tidak sama dengan pendapat individu yang melihat pementasan tersebut. Segala  perbezaan tersebut bergantung kepada persepsi dan pemikiran individu itu sendiri. Apa yang ingin aku tegaskan, ini adalah coretan dari pemikiran dan pemerhatian aku terhadap kedua-dua drama. Sekian..



Isnin, 26 Mac 2012

Tulus Kasihmu


 (Buatmu ~ MA dan ABAH )

Tika mentari memancarkan sirnanya
Tika rembulan melabuhkan tirainya
Tatkala itu jiwaku merintih
Merintih mengenangkan segala pengorbananmu
Menjaga dan menatangku dari kecil
Sehingga mengenal erti hidup di dunia.

Masih kuingat,
Kala keringat mengalir membasahi bajumu
Kala perutmu berkeroncong minta diisi
Kala tekakmu minta dibasahkan
Kala tenagamu sampai ke penghujung
Tatkala matamu menyapa diri ini
Kau tidak pernah lupa
Untuk melemparkan senyum ikhlasmu.

Masih kuingat,
Di kala diri ini jatuh tersungkur
Dek kegagalan kerana kealpaanku
Kau tetap berada di sampingku
Memberi perangsang, meniupkan semangat
Mengalirkan rasa kasih yang tak pernah padam.

Saat ini,
Aku semakin teguh berdiri
Kaki semakin kejap melangkah
Jiwa semakin teguh dan kental
Membawa harapan sekeping hati yang tulus
Harapan ibu dan ayah yang mendambakan kejayaan.

Kuharap kali ini aku tidak tersungkur lagi
Kerana pengalaman lalu cukup merentap tangkai hatimu
Akan aku balas segala jerih payahmu membesarkanku
Walau tak sehebat erti kasih seorang ibu dan ayah
Namun sudah cukup kiranya dapat membangakanmu
Dengan segulung kertas yang bernama
‘Ijazah’.




Ahad, 24 April 2011

dAh huJung sEm ??


Cepatnyer detik waktu berputar..pejam celik, pejam celik aku dah nk abis sem 4..rsanyer bru smlm aku dftar msuk k0lej..hik3 .. xpuas ag jumpe ngn kwan2, brgelak ketawa main JUTARIA, brhempas pulas buat asemen, brsengkang mata utk study last mnit, amik gmbr rmai2 prsis m0del n bla..bla...

Mmandangkan aku dh direject dri kolej sem dpn, s0 dgn rela hatinyer aku mnyewa kt bahtera teres..ada hikmahnyer tau duk luar sem dpn..nak tau tak ape hikmahnyer ??? hurmm..aku dpt dduk skx ngn mmber..jd r0mate aku ag --->rynA<--- klau duk k0lej, k0nfem2 tak dduk skx ngn dia..hik3..s0, sem dpn lehla kami jd chef terhandal..masak2 time !!! like dis (^;^)

Lagi 6 hri ag aku duk kt cni..30 dh brngkat pulang ke kg (smbil brfikir nk wak ape kt kg cti 4 bln)...tp aku xterus blik kelantan l0rhh..fly JB dlu sminggu..hi3.ade majlis kawin daa ~bukan aku tau yg kawin, jgn slah sngka lak~.. dsebabkan 28 & 30 hb ni ak da paper -->te0ri & krtikan vs Pengurusan pmbelajaran a.k.a 2P<--- s0 aku dh kemaskan smua brg2..c0mplete sudaa..puas hati aku !!! nnt xpyh susah2 nk kmas bla dh nk dkt exm..kekg brtmbh srabut kpala aku nk stelkan aktvt kmas mngemas ni c0z k0nfem2 ms tu aku ngh pulun study..

huargghhhh..tetiba mata dh ase ngantuk sgt2..~dah hmpir 6 pg k0t~..ermm tgu s0lat subuh dlu ler..xlama dh nk msuk waktu..

p/s: fikirkan brg2 yg nak dibawa utk sem dpn -->kuali, periuk, lesung batu, p0k0k serai n ..........<--


---> bakal r00mate <---

sh0ppiNg tIme


Blaus, tdung & cardigan...smpat ag aku hbiskan duit di waktu2 sengket nie..he3..mklumlah trlebih duit hjung2 sem nie..erkkk ???? pelik jer bunyi..xdala, dh lma ak nk beli smua tue..dah alang2 aku pegi psar malam td, beli jela brg2 yg aku nak..lau tak beli, takut nnt anak dlm perut kempunan plak..maklumlah mak dy xleh beli brg2 yg dy mngidam ~bila ms ak kawin vs mngndung nie ??? ~

Tapi kcian giler kt mmber2 ---> (Qis, Chah & Ummu <--- yg ngikut tdi..msti letih gler f0ll0w n layan kerenah aku..brkali2 pusing tmpat ysma, & jlajah kdai2 kt pekan tue..hu3..maaf sahabat, mmg trpaksa mnyusahkan..kamu smua p0m tau aku nie jnis pnakut nk jln s0rg2..hik3..tq s0 much c0z tmankan n snggup lyan kerenah aku.....sem dpn kta sh0pping2 kt KL eks ???

p/s : masih menunggu detik ke KL brsama sahabat2 tersayang...

---> teman yg sabar mnemani & mlayan kerenahku semalam <---




Khamis, 21 April 2011

KPM vs MBMBI..

Wlaupun dh basi, aku nk gak p0st cter nie kt bl0g c0meii..hik3..KPM vs MBMBI..apakah ??? sbnarny ni da kaitan ngn tmuduga untuk prm0honan biasiswa KPM yg ak mh0n..Alhamdulillah, stelah melalui bberapa saringan, ak brpeluang ditemuduga..ermm bukan senang tau nk dpt..dah dpt nie, kira bersyukur sesangat...

Wlaupun cuaca redup, tp ttap xmmbntu pr0ses pecutan jgtung aku..dalam duk brdebar fkirkan kmungkinan2 y akn brlaku, xtau kt mn silapny brlaku satu tradegi menyayat hati (agak sentap la).. se0rang insan a.k.a kwan aku terk0yak kain ms nk naik bas.. 0pss.he3..hurmm nsib baik bleh jahit balik..ang tukang jhit pr0fesional tu smestiny AKU......tapi da hikmah sbalik kjdian nie..dsebbkan ak trlmbt ckit ke tmpat tmuduga, maka dapatlah giliran kedua..huhuhu..lau x, dh konfem2 ak dpt gliran prtama..lau x dh kecut perutt eden !!!!

Antara s0klan cepu mas y ditnya oleh panel penemuduga

--->Intr0duce ab0ut urself, ur fmily bckgr0und n ur latest CGPA..

--->Isu MBMBI y dilksanakan oleh KPM..ape y anda fham brkenaan isu nie ???

--->Isu PPSMI..Ape pndgn anda

--->Kenapa nak jd CIKGU ??

--->Kenapa anda rasa KPM perlu menawarkan biasiswa ni kpd anda ??


hahhhh..jawab !!! jawab !!! muahahahaha



Alhamdulillah, segala persoalan yg diutarakan brjaya dijawab dgn seadanya; ape y pnting aku dh lksanakan tnggungjwab ak sbg seorg pemohon..he3.InsyaAllah, klau dh rzeki trtulis utk aku, aku syukur n jika sbalikny, ak redha..dah bukan rezeki aku kan..aku p0m sbnryny xbrhrap sgt..rmai ag cl0n yg lebih layak dri aku..s0, REDHA dan PASRAH shj..(^;^)

p/s : kenapa PTPTN xkena tmuduga p0m ??? muAhahA...


Rabu, 20 April 2011

bAkAl pEngAntiN....


Eheeemmm..eheemmmm...hik3

PENGUMUMAN PENTING !!!!!

erkkk ??? xda ape2 pngumuman p0m..saje je wat gimik..just mlahirkan rsa gmbira c0z mmber ak bkal brkhwin cuti smester nie..tumpang bhgia & gmbira ngn brita ni sbb :

1) siswi BM batch 2008/2009 yg prtama mnamtkan zman s0l0...

2) cuti nnt ak bleh mkN nasi minyak..:-)

3) mn tau mgkin mlekat jd0h kt ak plak..blehla ikut jejak lgkah dia..muAhaAA..

4) sblum abis bljr, myb bleh mnimang 'anak buah' dri psngan nie..hik3 (kena tny empunya bdan)

hehehehe...tuan empunya bdan,,jgn marah ea..nnt hilang seri bkal pngantin baru..kih3..ape2 p0m, aku nk ucapkan :

----> SelAmAt pEngAntiN bArU buAt sAhAbAt,, Nurulaida Ismail & pAsAngAnnyA Muhammad Ilham Abdullah http://aidailham.blogspot.com/2011/04/muka-baru.html

----> sEm0gA bErbAhAgiA kE aNaK Cucu..

----> Sem0gA sntiAsA TaBaH & sAbAr mElAyAri dugAaN dAn cAbArAn alAm bErumAhtAnggA....

kad undangan yg smpat dilayangkan untukku..thanks Aida

p/s : teringat majlis kawin abang aku..raja sehari diarak dgn kuda..hik3 < time kawin, ak nk naik gajah..huahAhaha>